Friday, March 4, 2011

Usahawan dan undang-undang

Salam sejahtera para pembaca yang dikasihi..
Kali ini saya ingin mengenengahkan isu mengenai usahawan dan undang-undang..
Seringkali berlaku perbalahan antara rakan-kongsi dalam sesuatu syarikat hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, begitu juga pertikaian antara peniaga dengan pembekal, antara peniaga dengan pelanggan ataupun antara peniaga dengan pihak penguatkuasa kerajaan seperti KPDN, majlis bandaran atau lain-lain jabatan.
Kebanyakan usahawan atau peniaga tidak mengetahui atau mengabaikan undang-undang. 




Sedarkan anda bahawa setiap usahawan apabila mula memilih keusahawanan sebagai kerjaya mahupun sekadar 'part-time' telah terikat dengan undang-undang.
Keusahawanan dan undang-undang ibarat rakan-karib yang tidak boleh dipisahkan. Paling kerap kita dengar adalah peniaga atau usahawan 'bankrap' kerana tindakan mahkamah akibat kegagalan menjelaskan hutang, ada yang berumah di penjara akibat menipu ataupun rasuah. Inilah sebahagian dari rangkuman undang-undang yang banyak disekeliling usahawan.
Undang-undang telah mula berkuatkuasa keatas usahawan dari tarikh pendaftaran syarikat, pelbagai akta telah mula mengikat usahawan dari undang-undang syarikat, sewa-beli, perkongsian jika berkongsi syarikat, akta hak-cipta terhadap produk, akta Bomba untuk bangunan atau pejabat serta akta bangunan seragam, akta buruh jika mengajikan pekerja termasuk SOCSO dan KWSP, undang-undang pengguna, akta alam sekitar kepada pengusaha Industri ataupun akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jika anda menjalankan perniagaan import dan eksport sudah pasti jabatan kastam dan eksais sudah menanti dengan undang-undang duti importnya. Ini belum lagi dengan undang-undang yang sedia ada terhadap individu seperti undang-undang jalanraya, polis & JPJ. Semakin besar perniagaan anda semakin banyak akta yang mengikuti dibelakang anda. 


Akhirkata usahawan jangan hanya memandang terhadap keuntungan semata-mata dengan mengabaikan undang-undang, kerana kesilapan atau ketamakan anda pasti akan mengheret anda ke mahkamah atau paling tidak ke tribunal tuntutan akibat kegagalan anda mematuhi undang-undang.