Kunci kepada ramuan dalam pengurusan pemasaran adalah melalui proses kreativiti perancangan strategi pemasaran dan akan menjadi panduan dalam semua aktiviti pemasaran syarikat. Perancangan dan pembangunan pelan pemasaran memerlukan komitmen dari segi disiplin dan fleksibiliti. Syarikat bukan sahaja perlu yakin terhadap strategi yang telah diwujudkan malah perlu mencari jalan baru atau tektik baru untuk memperbaiki pelan untuk mengikut keadaan semasa. Oleh itu perancangan strategik pemasaran perlu pemahaman yang jelas tentang bagaimana pemasaran berkerja. Disini saya gariskan panduan untuk mewujudkan pelan perancangan pemasaran. Anda perlu tuliskan atau dokumenkan pelan pemasaran anda seperti ini:
1.0 Ringkasan Eksekutif
Latar belakang syarikat
Produk anda
Perkembangan syarikat anda
Kekuatan syarikat dan produk anda
Mengapa produk anda diperlukan dipasaran
Perancangan masa depan syarikat anda
2.0 Analisa keadaan semasa
- 2.0.1 Tuliskan berapa lama produk anda telah berada dipasaran.
- 2.0.2 Bagaimana penerimaan pelanggan terhadap produk.
- 2.0.3 Apa kelainan produk anda dari produk yang ada dipasaran.
- Wujudkan ramalan (forecast) jualan pada masa hadapan.
2.1 Ringkasan Pasaran
- Kumpulkan maklumat dari pelanggan mengenai produk anda. Maklumat ini penting untuk mengetahui siapa pelanggan anda, apa kehendak khusus mereka dan untuk menilai bagaimana syarikat dapat meningkatkan keberkesanan perhubungan dan penyampaian komunikasi kepada mereka.
- Wujudkan ramalan sasaran pasaran. Tuliskan pasaran sasaran anda.
2.1.1 Demografi Pasaran
Tuliskan profil pelanggan mengikut geografi, demografi dan kelakuan atau gelagat pengguna.
Geografi
- Adakah syarikat menyasarkan pelanggan mengikut geografi.
- Jumlah sasaran pelanggan
Demografi
- Jantina
- Usia
- Siapa mereka, contoh; ahli sukan, peniaga, pelajar, profesional dll.
- Tahap pendidikan
- Tahap pendapatan
Faktor Gelagat
- Gaya hidup mereka
- Bagaimana mereka membelanjakan wang
- Berapa kerap mereka menggunakan produk
2.1.2 Kehendak Pasaran
- Terhadap kualiti - adakah produk anda mempunyai ciri yang dikehendaki pelanggan
- Produk yang menjadi impian - Dapat memenuhi citarasa pelanggan
- Perkhidmatan pelanggan - Adakah anda mewujudkan perkhidmatan pelanggan untuk melayani sebarang masalah yang timbul atau pandangan dari pelanggan.
2.1.3 Halatuju Pasaran
- Apakah perancangan pasaran anda - contoh mewujudkan alat ganti, kelab peminat dll.
2.1.4 Perkembangan Pasaran
- Buat kajian tentang jumlah penguna produk dalam pasaran global. Wujudkan statistik adakah menaik atau menurun.
2.2 Analisa SWOT
- Kekuatan syarikat
- Kreativiti, adakah bertepatan dengan kehendak pelanggan
- Bagaimana kebolehcapaian produk kepada pelanggan, berapa tinggikah tahap komunikasi produk atau pengetahuan pelanggan terhadap produk
2.2.2 Kelemahan
- Apakah kelemahan produk atau servis anda berbanding pesaing
- Nilai kelemahan peruncit produk anda, bagaimana tahap pengetahuan peruncit produk anda untuk menonjolkan produk.
- Tahap kesedaran pengguna atau tahap promosi produk
2.2.3 Peluang
- Apakah ruang untuk mengembangkan pasaran, meningkatkan jualan.
- Mengurangkan kos pengeluaran dll.
- Punca-punca lain untuk mengembangkan pasaran seperti pendekatan CSR (Corporate Social Responsibility).
- Mewujudkan sumber bekalan dalaman
2.2.4 Halangan
- Pesaing masa depan atau potensi menjadi pesaing
- Kelembapan ekonomi
- Perundangan atau persepsi pengguna pada masa depan
- Pembekal atau sumber
2.3 Pesaing
- Senaraikan pesaing anda
2.4 Senaraikan Produk Yang Ditawarkan Dalam Pasaran Sekarang
2.5 Apakah Kunci Kejayaan Syarikat
- Tuliskan seperti ingin memastikan memuaskan hati pelanggan dengan memberikan perkhidmatan atau produk yang boleh memenuhi kehendak pelanggan.
2.5 Isu-Isu Kritikal
- Tuliskan kepayahan syarikat atau kekangan untuk berkembang
3.0 Strategi Pemasaran
Nyatakan apakah yang syarikat fokuskan terhadap pasaran.
3.1 Misi
- Nyatakan misi syarikat - Contoh: Kewujudan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui ......
3.2 Objektif Pemasaran
- Nyatakan hasrat perkembangan syarikat, contoh secara positif dengan pemantauan secara quarterly.
- Nyatakan berapa ramai sasaran pengguna
3.3 Objektif Kewangan
- Nyatakan sasaran peningkatan keuntungan
- Nyatakan bagaimana langkah-langkah untuk menjimatkan kos
3.4 Pasaran Sasaran
- Nyatakan siapa bakal pengguna produk
- Kenapa mereka perlukan produk
- Berapa ramai pengguna
3.5 Perletakan Produk
- Bagaimana produk diletakkan
- Dimana
- Apakah kelebihan produk
3.6 Strategi
- Bagaimana produk anda berkomunikasi dengan pengguna, adakah melalui keunikan, harga rendah atau tahap kualiti yang tinggi. Nyatakan.
3.7 Pendekatan 4'Ps
- Perletakan harga dipasaran berbanding produk pesaing
- Pengedaran - Adakah secara terus atau melaui ejen pengedaran. Kaji tentang kekuatan dan kelemahan pengedaran secara terus dan melalui ejen.
- Promosi - Gunakan kepakaran atau pendekatan berbeza dari pesaing
- Perkhidmatan Pelanggan - Pendekatan ini akan menjadikan pengguna setia kepada produk atau perkhidmatan anda.
3.8 Kajian Pemasaran
- Kaedah ini memerlukan bantuan kepakaran atau perkhidmatan juruperunding
4.0 Kewangan
- Seksyen ini adalah menyentuh pandangan menyeluruh dan ramalan mengenai break-even analisis, ramalan jualan dan ramalan perbelanjaan
4.1 Analisa Break-even
- Buatkan carta untuk memdapat break-even point setiap bulan, jumlah jualan dengan harga jualan tolak dengan harga kos
4.2 Ramalan Jualan
- Kategorikan sasaran pelanggan dan jumlah jualan mengikut tahun sasaran
4.3 Ramalan Perbelanjaan
- Nyatakan jumlah ramalan perbelanjaan pemasaran bagi tahun yang dikehendaki seperti, promosi, mewujudkan laman web dan bahan-bahan bercetak seperti flyer.
5.0 Kawalan
Nyatakan apa yang ingin dikawal. Contoh:
- Keuntungan: Bulanan dan tahunan
- Perbelanjaan: Bulanan dan tahunan
- Tahap kepuasan pelanggan
- Pembangunan produk baru atau R & D
5.1 Perlaksanaan
- Wujudkan carta perbatuan, contoh apakah perkara yang ingin dilakukan, tarikh mula kerja, tarikh siap kerja, budget, siapa yang bertanggungjawap dan dari jabatan apa samada jabatan pemasaran, kejuruteraan atau sumber manusia.
5.2 Organisasi Pemasaran
- Nyatakan siapa mengetuai organisasi jabatan pemasaran dan siapa pekerja sokongan
5.3 Pelan Kontigensi
Nilai kepayahan dan risiko
- Apakah pelan anda jika meghadapi kemungkinan yang tidak dirancang.
"Kepada saudaraku; Ku ucapkan selamat berniaga"