Monday, October 29, 2012

Cerita Kedai Kopi > *CaCa* MarBa* JaDiNya*: Gear 4 ker Gear 1

Cerita Kedai Kopi > *CaCa* MarBa* JaDiNya*: Gear 4 ker Gear 1

Sunday, January 15, 2012

Tingkatkan daya komunikasi anda #1


Usahawan memang perlu pandai berkata-kata, nak jual produk katakan..Tak kisahlah samada anda berniaga di pasar malam atau MLM, semuanya perlu berkata-kata..Kata-kata manis, sedap didengar..
Tapi sebelum tu, adakah anda mengenal diri sendiri, apakah karakter anda...
Mengikut kajian, manusia mempunyai 4 karektor personaliti,
  1. Choleric
  2. Sanguine
  3. Melancholy
  4. Phlegmatic
 Choleric boleh digelar Raja atau Pengarah. Mereka ini dilahirkan sebagai leader, independent, aktif, objektif, sentiasa mencari matlamat, yakin, selalu tepat, tak mudah putus asa, berkeyakinan, agresif, berani dan menghargai pencapaian. Sifat negatif adalah kurang sabar, membangga diri, kurang perasaan simpati, suka mengarah, tak banyak kawan, susah nak mengaku kalah, tak suka buat perkara secara terperinci.


Sanguine Orang yang banyak cakap, menarik, kelakar, friendly, sopan, emosional, perinag, pemaaf, jujur, fun-loving, artistik, bersikap positif (Optimistik), dan suka memberi galakan.
Sikap negatifnya, suka cakap banyak, suka potong cakap orang lain, tak mahu dengar orang lain cakap, suka mencelah, suka buang masa, banyak alasan, tak terurus.

Melancholy Sifatnya, tepat, analitikal, perfectionist, sensitif, konsisten, genius, efisien, pendengar yang baik, serius, prkatikal.
Sikap negatif, anti-sosial, tertekan, moody, sukar memaafkan, suka mengkritik, syak-wasangka, susah nak beralah, agresif, pesimistik dan degil.


Phlegmatic Bersikap tenang, baik, lawak bodoh, berhemah, mendengar, meliaht, romatik, mistikal, fleksibel, mendidik.
Sikap negatif - Abstrak, pemalu, menyembunyi perasaan, menghindari konflik, pasif, kurang betenaga, tak suka perubahan, lambat bertindak dan malas..


                             Bersambung...

Friday, March 4, 2011

Usahawan dan undang-undang

Salam sejahtera para pembaca yang dikasihi..
Kali ini saya ingin mengenengahkan isu mengenai usahawan dan undang-undang..
Seringkali berlaku perbalahan antara rakan-kongsi dalam sesuatu syarikat hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, begitu juga pertikaian antara peniaga dengan pembekal, antara peniaga dengan pelanggan ataupun antara peniaga dengan pihak penguatkuasa kerajaan seperti KPDN, majlis bandaran atau lain-lain jabatan.
Kebanyakan usahawan atau peniaga tidak mengetahui atau mengabaikan undang-undang. 




Sedarkan anda bahawa setiap usahawan apabila mula memilih keusahawanan sebagai kerjaya mahupun sekadar 'part-time' telah terikat dengan undang-undang.
Keusahawanan dan undang-undang ibarat rakan-karib yang tidak boleh dipisahkan. Paling kerap kita dengar adalah peniaga atau usahawan 'bankrap' kerana tindakan mahkamah akibat kegagalan menjelaskan hutang, ada yang berumah di penjara akibat menipu ataupun rasuah. Inilah sebahagian dari rangkuman undang-undang yang banyak disekeliling usahawan.
Undang-undang telah mula berkuatkuasa keatas usahawan dari tarikh pendaftaran syarikat, pelbagai akta telah mula mengikat usahawan dari undang-undang syarikat, sewa-beli, perkongsian jika berkongsi syarikat, akta hak-cipta terhadap produk, akta Bomba untuk bangunan atau pejabat serta akta bangunan seragam, akta buruh jika mengajikan pekerja termasuk SOCSO dan KWSP, undang-undang pengguna, akta alam sekitar kepada pengusaha Industri ataupun akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jika anda menjalankan perniagaan import dan eksport sudah pasti jabatan kastam dan eksais sudah menanti dengan undang-undang duti importnya. Ini belum lagi dengan undang-undang yang sedia ada terhadap individu seperti undang-undang jalanraya, polis & JPJ. Semakin besar perniagaan anda semakin banyak akta yang mengikuti dibelakang anda. 


Akhirkata usahawan jangan hanya memandang terhadap keuntungan semata-mata dengan mengabaikan undang-undang, kerana kesilapan atau ketamakan anda pasti akan mengheret anda ke mahkamah atau paling tidak ke tribunal tuntutan akibat kegagalan anda mematuhi undang-undang.


Tuesday, February 22, 2011

Fesyen Show - SarahHata

Fashion Show (klik perkataan) dan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Photoshoot Muslimah II..akan diadakan seperti berikut:

TARIKH  :13 MAC 2011 (AHAD)
TEMPAT  : FELDA VILLA(MUTIARA),KERAMAT
MASA      : 12 PM - 4PM
YURAN   : RM 50 PER ENTRY

Diantara tetamu jemputan adalah :

-Rina Salleh -Gadis Melayu 3
-Siti Murni Abd Aziz-Pengacara TV1 dan model
-Annas Easkey-Photographer
-Rosnawati Salleh (K.Rose JR)-Makeup Artist
-Puan Zeaty-Owner Zeaty Collection



  Juga terdapat beberapa aktiviti menarik untuk anda,diantaranya :


-Fashion Show rekaan RICO RINALDI :)
-Lucky draw ada juga akan memenangi tiket F1.:)
-Sesi pembentukan imej
-Sesi jualan dari booth-booth yang hadir


Kepada peniaga-peniaga online juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis untuk buka booth :) Hanya 3 booth sahaja boleh.Bayaran RM50 sahaja..


Kepada para gadis dan rupawan yang ingin turut serta dalam majlis ini,hanya RM50 sahaja untuk hadir..
tempat limited 60 orang sahaja..:)

---jangan risau tempat selesa dan makanan turut disediakan..

Sila confirmkan kehadiran dan bayaran selewat-lewatnya 3 MAC 2011.

Pembayaran :
RM50 ke akaun Siti Sarah Mohamad Hata
Maybank : 164409563420
CIMB : 12240067860521
Email : sarahataresources@gmail.com
Call/SMS :+6014-235 1922 [Sarah] .+6017-848 1253[Syed]

Monday, February 21, 2011

Generating Networking



Do you have an idea or a dream but wonder how to get from where you are now to where you want to be? Do you wonder "how have other people done it?" Talking about your ideas with others like (or sometimes unlike) you can help you make things happen.
Networking is the best and most cost-effective way to turn your ideas into reality. However, networking is an art. It can be done badly or it can be done well. At its worst, networking involves standing around and making awkward small talk. At its best it can be inspiring, fun and useful.
It’s important to remember that the main purpose of networking is to attract opportunities. Rather than spending time, money and effort chasing opportunities, you want to get into the position where people offer you interesting opportunities. There are three ways to do this:
1) Raise your profile
2) Create goodwill
3) Keep in touch
There are all kinds of ways to raise your profile - the simplest way is to go along to more events or speak at events. Write articles or a regular column, or a blog. Get in touch with people you want to get to know and ask if you can pick their brains about a particular topic over a coffee. Keep doing these things and you will start to get known. The important thing is that raising your profile needs to go hand in hand with creating goodwill. It’s no good getting well known if nobody likes you!
To create goodwill, get into the habit of sharing useful information. When you read an article that you've enjoyed, don't keep it to yourself. Think about whom else would find it interesting and send the link in an email - do it straight away - it only takes 20 seconds. Keep your eyes open for gems, nuggets, intelligence and share it with people you've met. Let people know about interesting events and invite them along as your guest.
Be a connector. Make introductions between people who you think would benefit from knowing each other. Again - just a simple email to broker the introduction - then leave them to it. Obviously make sure it's always a relevant article, invite or introduction. People will really appreciate the thought you've put in and remember you for it. You will become known as a helpful, generous, connected person who passes on useful information - people will always be delighted to hear from you.
Generating goodwill also gives you a great reason to keep in touch with people. Sending people an email to say 'good to meet you, let's keep in touch' is a waste - it just clogs up the in-box. However, an email with a useful article, contact or web-link attached is a much better way to maintain contact or re-establish contact with people you have met in the past. There are lots of quirky, light touch ways to keep in touch too. I heard of one company that sent each of their clients a lottery ticket when the jackpot reached RM1million. This certainly made them stand out from the crowd.
The best way to keep in touch with lots of people is to set up your own networking group. This can be a simple, informal get together in a bar or café - invite a mixture of people you have met so they can network with each other. Alternatively, it could be a small peer group of four or five of your strongest contacts who meet up regularly for coffee to support each other.
The key point to understand is that 80% of opportunities come from people you already know. Every person you meet has a network of people you can tap into. If you want your idea to spread, you’ve got to communicate it in a way that is simple, distinct and easy to understand. But you’ve also got to realize that when you talk to someone, you’re not just talking to the end listener.
They could be a powerful advocate for your idea by telling other people they know. You want to get into a situation where your ears are burning because other people are talking about your idea even when you’re not there. In order for people to become advocates, they need to ‘get’ your idea enough and like you enough to spread the word on and on and on, increasing the likelihood that your idea reaches the ears of someone who can help.
If you follow the three key principles and raise your profile, generate good will and keep in touch, opportunities will be beating a path to your door!...



Sunday, February 20, 2011

Komen terbaik akan menerima hadiah

Mulai bulan Februari, setiap komen yang terbaik didalam jurnal usahawan akan diberikan hadiah. Penilaian akan dibuat setiap hujung bulan iaitu haribulan terakhir setiap bulan. Sila baca syarat-syarat penyertaan dibawah.


Syarat-syarat penyertaan

  1. Setiap komen anda perlulah disertakan dengan nama penuh, alamat e-mail dan nombor telefon untuk dihubungi, ini adalah memudahkan jika komen anda terpilih sebagai pemenang pada bulan tersebut.
  2. Peluang anda lebih cerah jika anda adalah follower atau members blog ini.
  3. Pemenang akan dihubungi melalui e-mail dan telefon.
  4. Hadiah akan dihantar selepas 14 hari nama pemenang diumumkan.
  5. Keputusan adalah muktamad.

Hadiah Bulan Ini





Sekian Terima kasih
Editor Jurnal Usahawan


Usahawan Pilihan Januari

Mulai bulan ini jurnal usahawan akan memaparkan usahawan-usahawan terpilih untuk di paparkankan didalam jurnal ini. Jika anda ingin memaparkan perniagaan anda sendiri atau keluarga anda;
 sila hubungi editor kami melalui e-mail: jurnalusahawan@gmail.com

Hairee Food Industry





Hairee Food Industry adalah sebuah industri kecil dan sederhana yang mengusahakan pengeluaran kerepek pisang dan kerepek ubi. Syarikat ini beroperasi di Simpang Renggam, Johor. Operasi syarikat bermula pada tahun 1994 secara kecil-kecilan dari rumah dan mengedarkan produk ke gerai-gerai makan dan kedai runcit disekitar dan kian berkembang ke daerah-daerah sekitar Simpang Renggam, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Kini perniagaannya boleh berbangga setelah hampir 17 tahun beroperasi mempunyai 10 orang pekerja dan mampu mengeluarkan produk sebanyak 1.5 tan sehari. Kejayaan ini adalah berkat sokongan dari Jabatan Pertanian dan FAMA. Nilai pengeluaran pada 2009 adalah sebanyak RM270,000
Pemilik syarikat Hj.Hamid Bin Bakar yang juga bekas anggota tentera dari Kor Semboyan Diraja berharap dapat mengembangkan lagi pasaran produk ke negeri-negeri yang lain.
Alamat syarikat, TL 102, Kampung Parit Ibrahim .Majid, 86200, Simpang Renggam, Johor.



Monday, February 14, 2011

Anda tidak suka disuruh-suruh - Apa potensi anda


Ada ramai orang tidak suka sangat disuruh-suruh..
maksudnya tak suka jadi kuli..
maksudnya anda ada potensi diberhentikan dari tempat kerja..

Cuba kenali diri anda mengapa anda jadi begitu..
Adakah memang anda manusia sombong...
Cuba tengok sekeliling anda...
Adakah cara anda begitu anda masih ramai kawan...

Jika jawapan nya 'Ya'
Anda adalah berpotensi besar sebagai Usahawan...



Sunday, January 16, 2011

Misi Pemasaran MATRADE Ke Yangon

MATRADE akan mengadakan satu sesi pemasaran khusus ke Yangon. 
Dari 16 hingga 18 Mac 2011.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2011


Sebarang pertanyaan kepada:
Mohd Feisal Ezuan 03-62077077

Taklimat Perniagaan PUNB

Kepada sesiapa yang berminat, PUNB akan mengadakan taklimat pembiayaan perniagaan


Bertempat:
Dewan PUNB
Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral
Kuala Lumpur


Tarikh:
24 Januari 2011


Masa:
9.45 pagi


Hubungi:
03-27851515 atau
email - customerservice@punb.com.my

Sunday, December 26, 2010

Kenapa Nak Jual KFC?



"RM 5 juta sehari, itu yang diperolehi oleh KFC secara tunai"
Sekarang tengah heboh diperkatakan, dan sudah mula jadi tanda tanya kepada masyarakat Melayu, kenapa Johor Corp. nak jual KFC sedangkan pendapatan tunai nya begitu banyak dalam sehari. Seharusnya perniagaan tersebut dipertahankan kerana  menjadi lubuk emas kepada organisasi tersebut. Tan Sri Ali Hassim orang lama dalam Johor Corp. telah meletakkan jawatan. Beliau adalah orang pertama yang mengatakan KFC hendak dijual hingga mendapat bantahan dari banyak pihak. Kemudian beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Dari kemelut ini sudah pasti ada yang sangat berat untuk ditanggung oleh Tan Sri Ali hingga beliau sanggup untuk melepaskan jawatan beliau didalam J. Corp. Pemuda UMNO Sungai Besi nampaknya sangat kuat membantah tindakan untuk menjual KFC. Tapi kenapa UMNO Sungai Besi? Apa dah jadi dengan rakyat Negeri Johor dan para ahli bijak pandainya, mengapa mereka tidak bersuara seperti Pemuda UMNO Sungai Besi. Apa yang sudah berlaku dalam Negeri Johor?
KFC yang diambilalih oleh J.Corp dilihat sebelum ini sebagai satu jalan untuk menghalalkan makanan kegemaran masyarakat Islam di Malaysia ini, ia bukan sahaja untuk mewujudkan kesahihan status halal tetapi lebih besar lagi adalah melaksanakan tanggungjawap 'fardhu kifayah'. Umat Islam di Malaysia mesti ada kekuatan ekonomi dalam industri makanan halal dan teknologi untuk pembangunan kekuatan Ummah. Disini J.Corp dilihat sebagai hero oleh umat Islam Malaysia.
"Sekarang apa dah jadi? Dah lupa dengan tanggungjawap tersebut ker? Adakah keuntungan yang diperolehi menjadikan manusia lupa niat asal atau ada tangan yang sangat besar sedang ingin mengenggam KFC? Kita lihat dan dengar lah kesudahannya. Bagi rakyat Johor apa kata anda? "

Friday, December 24, 2010

Lakukanlah Yang Terbaik Untuk Pelanggan Anda

Ini adalah kisah saya sebagai contoh:
Saya telah awal ke lapangan terbang untuk urusan 'check-in'. Apabila saya hendak mengesahkan tiket saya didalam 'business class', malangnya tempahan saya tiada didalam rekod dan tempat untuk business class juga telah penuh. Saya bertanya kepada agen tersebut adakah ada tempat lagi didalam kelas pertama, lalu beliau menjawap "Ya". Dengan tersenyum saya katakan "Hah, tak ada masalah" dan kemudian saya menyambung kata "Bolehkah 'upgrade' tempat duduk saya" Agen sigadis manis itu tersenyum lagi dan bangun dari tempat duduknya.
 Setelah 20 minit menunggu saya masih menanti tanpa mendapat jawapan dengan perasaan yang sedikit gementar kerana jika saya tidak dapat sampai ketempat yang dijanjikan maka gagallah program yang akan saya hadiri, mata saya menjeling kepada  pekerja tadi bersama rakannya membuat semakan didalam komputer, menelefon agen pelancongan saya dan kemudian menelefon pengurus beliau untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
Lalu saya berkata dengan nada lembut mengatakan bahawa saya sudah beberapa tahun menggunakan perkhidmatan penerbangan syarikat mereka." Tak boleh kah berikan saya sedikit peluang istimewa kepada saya kali ini", "kami memang cuba berikan peluang ini tapi ada seoarang pegawai kanan  yang juga pelanggan tetap kami hendakkan tempat tersebut" kata nya. "Wah senangnya berkata begitu, sedangkan saya datang untuk 'check-in' business class di kaunter ini dengan jawapan yang hampa, tiada nama saya dalam senarai tempahan, kemudian saya terpaksa menunggu selama 20 minit untuk awak berbincang, saya sudah terlambat untuk 'check-in', sepatutnya saya diberikan peluang ini, bukan orang yang dah dapat tempat kemudian hendak bertukar class di berikan keutamaan. Semuanya adalah kesilapan dari syarikat awak, orang yang patut diberikan tempat adalah saya". Tapi jawapan yang mengecewakan keluar dari mulutnya " Company policy En. Roslan".
Syarikat penerbangan ini begitu berbangga mewar-warkan tentang kebaikan perkhidmatan pelanggan nya, inovatif dalam perkhidmatan pelanggan melalui pendekatan yang fleksibel, tapi apa yang jadi pekerja kaunter pun tidak faham istilah inovatif tersebut.. 
Oleh itu apa sahaja perancangan dan perubahan yang ingin dilakukan oleh syarikat hendaklah diberikan kefahaman dahulu kepada semua pekerja supaya boleh diadaptasikan dengan baik..

Thursday, December 9, 2010

2 TIP KURANGKAN STRESS

Ada satu hari datang seorang kawan berjumpa saya, beliau berkata "Aku nak tanya kau sikit", lalu saya menjawap "Hah, apa dia?". "Aku rasa stres kat tempat kerja, kau taulah aku kerja sebagai akauntan, asyik tengok angka hari-hari, aku tengok kau setiap hari ceria ajer, bagilah aku tip sikit" katanya kepada saya. Saya bertanya "Apa yang kau buat selain dari buat kerja, maksud aku bila balik rumah?", "Aku tidor ajer, itu yang aku rasa paling mudah nak hilangkan stress aku" katanya lagi.
"Ok lah" kata ku,

Tip #1
Baca buku, ini yang paling mudah, carilah novel. Kenapa novel? Kerana novel akan merangsang otak untuk menjadi aktif. Otak yang mana? Otak kanan, kan kita manusia ada 2 bahagian otak, satu otak kiri yang bertugas untuk logik dan satu lagi otak kanan, untuk kreatif. Jadi baca novel akan merangsang otak kanan. Kawan saya ni setiap hari kerjanya tengok angka, jadi dia gunakan otak kiri, otak logik, kemudian balik rumah dia tidur, esok tengok angka lagi, mana tak stress. Kita kena seimbangkan penggunaan otak agar kita merasa hidup kita tidak terkongkong oleh satu aktiviti setiap hari. Membaca novel akan membuat kita berimaginasi, contohnya jika kita membaca ayat seperti begini "Aku duduk ditebing sungai, melepaskan pandangan ku kearah air yang mengalir jernih, kelihatan anak-anak ikan seluang berenang-renang melawan arus untuk ke hulu sungai, aku cecahkan kaki ku kedalam air, oh, sejuk dan nyaman sekali dirasakan" Gambaran kita duduk ditebing sungai yang menghadap air yang jernih, maka kita akan ingat sungai atau air terjun yang pernah kita kunjungi dan gambaran ikan yang berenang didalam sungai akan menenangkan hati kita. Kita akan seperti merasa kesejukan air sungai yang pernah kita kunjungi  menyerap kedalam tubuh.
Macam tu lah merangsang otak kanan namanya. Imaginasi tersebut menyebabkan kita akan merasa relek dan tenang. Otak pun perlukan makanan seperti perut juga, maka berikanlah makanan yang sesuai untuk otak demi kesihatan jiwa.

Tip #2
Jadikan apa yang kita lakukan dengan penuh minat. Kalau tak minat mana boleh jadi, macam-macam alasan akan keluar dari mulut. Kalau tak minat kita akan paksa diri untuk lakukan, jawapannya stress lah. Saya katakan setiap apa yang kita buat adalah atas pilihan kita sendiri, jadi tanamkan minat untuk tolong diri sendiri, jangan mendera diri sendiri. 

Tuesday, December 7, 2010

Perang Harga - Anda Menang Atau Kalah

Apabila anda mahu menjual produk, perkara yang pertama difikirkan adalah harga. Soal perletakan harga membuat kebanyakan peniaga menemui jalan buntu atau merasa keliru, kerana peniaga merasakan harga adalah enjin utama untuk memenangi pelanggan. Perkara yang biasa dilakukan adalah seperti berikut;
  1. Zero-based pricing - Iaitu dengan mengambil risiko menjual dengan keuntungan sedikit, menyasarkan jualan yang banyak..
  2. Standard Mark-Up - Letakkan 50% mark-up harga dari kos produk.
  3. Competitive parity - Letakkan harga yang sama dengan pesaing dalam pasaran.
Perang Harga bukanlah satu strategi yang baik. Ia boleh diibaratkan seperti gergaji bermata dua. Strategi ini boleh dipanggil senjata makan tuan. Mengapa saya katakan begitu, adalah kerana anda akan mendapat keuntungan yang sedikit, kemudian ketika anda menaikkan harga semula pelanggan akan kecewa dan tidak mahu lagi singgah atau membeli produk anda, akibatnya jualan anda merosot, maka anda akan cuba menurunkan semula harga dan ketika ini syarikat anda akan beroperasi dalam akaun yang negatif. Pelanggan pula sudah mula menganggap anda menjual produk tidak berkualiti, akibatnya anda akan perlu bersedia untuk keluar dari pasaran. Perang harga amat mudah untuk diatasi atau ditiru, dengan kata lain "Kau turun harga, aku pun boleh". Perang harga tidak menguntungkan kepada peniaga, hanya pelanggan yang mendapat manfaat dari perkara ini dan tidak bertahan lama kerana pelanggan mula merasa kecewa apabila harga kembali naik.  

Penuhi Kehendak Dan Keperluan Pelanggan
Apa yang dilihat dari perkara diatas semuanya dilakukan tidak mengambil kira kehendak pelanggan. Dalam memasarkan produk perkara utama adalah memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Menyelami nilai sebenar yang mahu dibayar oleh pelanggan adalah satu keutamaan. Oleh itu lakukanlah penyelidikan dan risikan terhadap harga, kualiti dan persepsi dari bakal pelanggan, jika tidak mampu melakukan sendiri anda boleh menggunakan perkhidmatan syarikat perunding untuk melakukannya. Dari itu anda akan dapat mengetahui berapakah harga dan kualiti yang di kehendaki oleh pelanggan. sebagai contoh anda menjadi pengeluar produk jus kurma. Kos pengeluaran adalah RM3.00 sebotol (250 ml), maka anda memutuskan untuk menjual dengan harga RM7.00, bagaimana jika pelanggan hanya bersedia untuk membayar dengan harga RM2.50, tentu anda tidak boleh menjual dengan harga dibawah kos. Bagaimana jika pelanggan sedia membayar dengan harga RM15.00 atau harga dipasaran sediaada sudah begitu, bukankah anda membodohkan diri sendiri hingga mungkin pelanggan akan beranggapan produk anda ada masalah dari segi isi kandungannya. 

Membina Kesetiaan
Bagi memenangi hati pelanggan adalah dengan membina kesetiaan. Jadikan pelanggan merasa mendapat faedah dari menggunakan produk anda, jadikan pelanggan merasakan pengalaman indah ketika menggunakan produk anda. Tonjolkan kehebatan produk dengan bandingan nilai yang dibayar. Sebagai contoh, syarikat ternama membina kesetiaan adalah dengan menyediakan pusat khidmat pelanggan (Customer servce centre), hal ini tidak merugikan kerana segala kos juga perlu dibayar oleh pelanggan. Mana ada yang percuma dalam dunia perniagaan, semua aktiviti perlu diambilkira kedalam akaun.
"Kualiti adalah agen utama dalam membina kesetiaan, kadangkala kualiti itu hanyalah persepsi, bergantung bagaimana anda mempromosikan produk, nilai tambah dan faedah kedalam minda pelanggan"

Thursday, November 25, 2010

PEMBANGUNAN KREATIVITI #3

Kenapa usahawan perlu ada kreativiti? Kreativiti adalah untuk inovatif. Tak kreatif maka tak inovatif. Setiap perkara yang inovatif itu datangnya dari cetusan idea kreatif. Dari idea yang kreatif maka tercetus produk inovatif atau strategi inovatif. Kreativiti  dalam keusahawanan bukan saja untuk mengeluarkan produk tetapi juga untuk mencipta peluang dan ruang dalam pasaran.
"Soalan biasa untuk manusia kreatif adalah; Apa, kenapa, mengapa, dimana, siapa dan bagaimana."
Lihat anak-anak kecil. Mereka selalu bertanya kepada ibu dan bapa mereka soalan-soalan tersebut. Maka orang dewasa malas nak fikir lalu menjawab dengan cara menipu (Sebab malas nak fikir) atau lebih senang lagi, marah aje lah budak tu, macam itu kah jawapan paling bernas. Inilah realiti dan cabaran kepada insan untuk berjiwa kreatif..
(Bersambung)

Monday, November 22, 2010

25 TIP KEUSAHAWANAN

Tip #1 Kenali Pelanggan Anda

Mengenali kehendak dan keperluan pelanggan adalah jalan utama kearah kejayaan usahawan. Tidak kira apa perniagaan anda, menjual nasi lemak, kedai kopi tepi jalan, kontraktor atau pengeluar produk.
Anda perlu untuk melakukan kajian kehendak dan keperluan pelanggan di mana anda hendak menempatkan perniagaan atau pasaran produk.
Daripada keperluan dan kehendak ini anda dapat melihat sikap pelanggan dan kelakuan pelanggan untuk anda cari ruang menempatkan produk anda dihati mereka. Nampak macam susah tapi kadang-kala sangat 'simple', sebagai contoh; ada satu ketika pelanggan cuma mahukan layanan yang cepat sedikit, mereka duduk lalu terus mendapat layanan tidak lebih dari 5 minit. Cuba lihat kedai mamak, saya pernah menjalankan 'survey' kepada 30 orang pelanggan di kedai mamak, rata-rata pelanggan menyatakan kedai mamak cukup cepat membuat layanan baik ketika membuat pesanan atau pun ketika dipanggil untuk mengira, selain dari beberapa faktor lagi seperti makanan ringan (roti canai), atau ringan dari persepsi orang Melayu; dan ada satu jawapan yang nampak lawak tapi ada betulnya, iaitu pelanggan Melayu suka marah-marah tapi mamak tak akan lawan balik, cuba buat begitu dikedai bangsa Melayu, kalau tak mandi air panas kira dah cukup bagus. Saya juga pernah menjalankan 'survey' di 5 buah restoran mewah disekitar Ipoh, mereka mengambil masa tidak sampai 3 minit untuk mengambil pesanan dari pelanggan, teknik ini sangat mengembirakan hati pelanggan.
Perkara ini nampak kecil tetapi ia memainkan peranan penting untuk jangka panjang. Demi 'survival' dalam perniagaan kita perlu berubah.

Tip #2 Matlamat yang jelas

Pastikan matlamat yang anda rancangkan adalah jelas dan mudah dicapai. Jika perniagaan anda mini market,  anda mempunyai ruang yang terhad, oleh itu anda perlu fokus kepada produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Pernah tak anda lihat ada kedai runcit yang meletakkan barangan begitu banyak seperti sebuah gudang, belum tentu mereka membuat perniagaan dengan baik, mereka akan kehilangan konsep dan matlamat dan tidak fokus kepada kehendak pelanggan. Maka apa yang terjadi peniaga ini akan menjadi tidak terkawal. Semakin fokus anda terhadap matlamat perniagaan anda semakin baik  anda memenuhi kehendak pelanggan.

Tip #3 Orang yang betul akan melakukan perkara yang betul

Semakin maju perniagaan, maka anda perlu untuk mengembangkan sayap perniagaan, oleh itu anda perlu mempunyai pekerja atau pengurus yang mahir. Mereka perlu mengetahui dan memahami visi dan misi perniagaan anda untuk memacu perniagaan untuk terus berkembang. Ada kala seorang peniaga itu langsung tidak ada pengetahuan tentang perniagaan yang hendak dijalankan, tetapi disebabkan mereka membayar seorang pengurus yang baik maka perniagaan mereka menguntungkan.

Tuesday, November 2, 2010

Keterbukaan Usahawan Terhadap Teguran, Nasihat Dan Kritikan


Usahawan adalah manusia biasa yang tidak lepas dari kelemahan dan kesilapan. Tidak ada manusia didalam dunia ini dijadikan sesempurna junjungan besar Nabi Muhamad S.W. Oleh itu pasti ada pandangan atau teguran atau kritikan yang telah atau bakal diterima oleh usahawan.
Keterbukaan untuk menerima dan mendengar segala macam teguran, nasihat atau kritikan adalah bonus dalam keusahawanan. Ada dikalangan usahawan mengatakan masyarakat ramai tidak layak untuk memberi pandangan kepada usahawan, mereka ini langsung tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Jadi tanyakanlah kepada mereka siapa yang layak memberi pendapat? Ada dikalangan mereka ini berkata hanya usahawan yang berjaya sahaja layak memberi pendapat tentang keusahawanan kepada mereka yang tidak berapa berusahawan ini. Adakah mereka sedar, siapa yang biasa menegur mereka. Tentulah para pelanggan mereka sendiri. 

Pelanggan dan pembekal memberikan maklumat dan teguran secara percuma. Maklumat dari mereka adalah disebabkan mereka adalah pelanggan setia. Ambillah perhatian, berikan maklumbalas dan tindakbalas positif, nescaya mereka akan memberikan respon kepada pelanggan lain kearah yang positif juga.

Mengapa ada usahawan ego

Usahawan adalah insan yang berani dan tabah. Ada diantara mereka sanggup meninggalkan kerjaya dengan gaji yang lumayan semata-mata untuk bergelar usahawan. Semasa mereka mahu memulakan perniagaan mereka menghadapi saat paling sukar, iaitu berperang dengan diri sendiri, dengan halangan dari saudara terdekat seperti ibu dan bapa, adik beradik dan juga isteri/suami. Mereka melalui laluan getir untuk berjaya hingga menyebabkan hati mereka sangat keras. Dari peristiwa inilah menjadikan segelintir mereka sangat susah untuk ditegur. Mereka menjadi sangat 'protective', sikap ini akan melemahkan perniagaan mereka.

Menerima teguran dengan berlapang dada adalah sifat mulia. Jadilah manusia yang mudah didekati.
"Sembunyi kan kemarahan, maafkanlah orang lain, jangan berdendam, murahkan senyuman, elakkan dari menceritakan keburukan orang lain, sabar dan beribadah" 

Monday, November 1, 2010

Pembangunan Kreativiti #2


Kes 1#: Restoran Karaoke: "Saya cuba buat kelainan dengan menjadikan restoran saya bukan sahaja tempat orang ramai menjamu selera, tetapi juga tempat untuk berhibur setelah penat bekerja di siang hari, tapi perniagaan saya makin merosot, yang laris hanya minuman sahaja".

Kes 2#. Restoran Gusti: " Setiap malam restoran saya penuh dengan pelanggan, tapi mereka duduk berjam-jam disitu, jualan yang laris hanya air sahaja".
Sebenarnya semua insan didunia ini mempunyai kreativiti masing-masing. Mereka mendapat ilham dari persekitaran hidup mereka, dimana mereka dilahirkan, latar belakang keluarga, pelajaran, pergaulan dan pelbagai sumber. Tetapi adakah kreativiti kita boleh diterima oleh semua orang atau setidak-tidaknya majoriti masyarakat. Mat rempit adalah manusia kreatif dalam kelompok mereka, tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat biasa, menjadikan idea mereka mengubahsuai motosikal sebagai aktiviti luarbiasa. Jika mereka menyalurkan kemahiran dan idea kepada aktiviti yang dilesenkan atau diterima oleh penguasa/polis seperti Petronas CupPrix sudah pasti tiada halangan.

Melihat kepada kes diatas, kedua-dua pengusaha restoran tersebut adalah kreatif, tetapi mengapa mereka mengeluh begitu. Mereka adalah usahawan Melayu, berniaga dipersekitaran orang-orang melayu dan sudah pasti berugama Islam. Adakah semua orang Melayu boleh menerima aktiviti seperti ini pada malam hari, apatah lagi jika melibatkan anak-anak mereka pulang lewat malam. Bagaimana dengan pelanggan berkeluarga, adakah mereka selesa makan malam ditempat seperti ini. Adakah tergamak mereka hendak menelan juadah dengan mendengar suara serak-serak basah penyanyi bakat terpendam. Perniagaan makanan terutama restoran adalah bergantung kepada makanan, semakin enak rasa hidangan semakin ramai pelanggan.  

Cuba bayangkan ketika memasuki ruangan makan didalam restoran hotel yang anda pernah pergi, adakah mereka mendendangkan lagu-lagu pop atau rock beserta suara penyanyinya. Kebanyakan mereka menyajikan hanya muzik yang perlahan dan romantik untuk didengar. Ini adalah sebagai contoh dimana kreativiti didalam perniagaan perlu dinilai mengikut persekitaran, budaya dan adat resam masyarakat. Nilai tambah (CBP) perlu dalam perniagaan agar dapat memberi kesan mendalam dihati sanubari pelanggan, agar mereka terkenang dan sentiasa mengingati saat-saat manis mereka ketika berada dipremis anda. Contoh; jika perniagaan anda dihadapan masjid, berikan suasana dan persekitaran bercirikan Islam, begitu juga jika perniagaan anda dikelilingi oleh masyarkat bujang, atau institusi pengajian tinggi ubah lah situasi mengikut trend mereka, suasana malap, tempat duduk yang santai, WiFi, makanan ringan dan trend remaja seperti roti canai, Chicken chop, burger atau minuman jus segar.

Ayat-Ayat Pembunuh Kreativiti

  1. "Ahh"
  2. "Saya tak boleh"
  3. "Inilah idea yang paling bodoh pernah saya dengar"
  4. "Betul, tapi kalau kau buat nanti akan jadi macam"....(dimasukkan kisah kegagalan orang lain)
  5. "Alah kami dah cuba buat macam tu dulu" 
  6. "Kenapa nak ubah, kami lihat tak ada masalah pun keadaan sekarang"
  7. "Eh..Mana ada orang buat macam tu sebelum ni."
  8. "Kami banyak kerja lah, mana ada masa nak pikir benda lain"
  9. "Mana kita ada budget nak buat"
  10. "Mana kau dapat idea bodoh nih".......Bersambung.........

Sunday, October 17, 2010

Minda Usahawan #2. Pembangunan Kreativiti


Apabila kita bercerita tentang minda usahawan, maka tidak terlepas daripada konsep kreatif dan inovatif.


Bagaimana menjadi kreatif? 

Cuba kita kenangkan atau bayangkan kembali ketika kita hendak membuat satu lukisan masa persekolahan dahulu. Apa yang terbayangkan, contohlah kita hendak melukis sebatang pokok, kita akan mengambarkan pokok tersebut didalam minda kita, kemudian kita akan buatkan lakaran dalam kertas lukisan, bila lakaran itu tidak menepati seperti didalam bayangan kita akan padamkan dan lukis kembali. Begitulah yang dilakukan berulangkali hingga lakaran tersebut berkenan dihati. Kemudian apalagi? Tentulah proses seterusnya iaitu mewarna. Proses mewarna juga mengikut imaginasi individu, setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza terhadap warna. Nah, sekarang lukisan sudah siap, maka paparkan dipapan kenyataan, apa yang dilihat adalah hasil kreativiti seorang insan dalam bentuk dan warna lukisan tersebut mengikut kehendak dan imaginasi oleh pelukis.

Begitu juga dengan minda usahawan,( Ambil contoh dari seni melukis)


(Imaginasi):- cetusan idea bermula dari ketika melihat peluang, membayangkan apa yang boleh dipasarkan dan siapa sasaran anda.

(Melakar):- Setelah itu pertimbangkan apakah kekuatan produk dan bagaimana memasuki pasaran. Bagaimana dengan kewangan? Berapa modal yang ada atau diperlukan perlu diambil kira. Jika perlukan bantuan dimana perlu juga harus diambilkira. Adakah anda telah kenal betul dengan potensi diri sendiri. Apa kemahiran anda sebenarnya. Perlukah menimba ilmu atau menghadiri kursus? Adakah produk anda terlalu unik dan sangat kurang dipasaran, jika 'Ya', adakah bekalan mudah didapati, atau terlalu banyak pesaing dalam pasaran juga perlu diperhatikan, jika jawapan ini 'Ya', bagaimana untuk menonjokan kelainan anda.(lihat dibawah). Proses melakar bermaksud anda membuat perancangan, tuliskan pelan perniagaan anda, lakukan intipan terhadap peniaga sediaada, apa yang mereka tonjolkan dan sejauh mana kreativiti mereka, maka ciptakan satu ciplakan kreatif oleh anda untuk dilihat berbeza dari pesaing.

(Mewarna):- Merancang teknik pasaran dan penonjolan keunikan produk, mungkin produk anda telah banyak dipasaran, tapi disinilah kreativiti anda menonjol, contoh, menjual nasi lemak, jika dilihat nasi lemak adalah sama dan boleh didapati dimana sahaja, rasa pun alahai lebihkurang sama sahaja. Kisah Benar,  ada satu kedai nasi lemak Mak Mah (bukan nama sebenar), Mak Mah menjual nasi lemak kukus dan dihidangkan panas-panas, pada hari Sabtu dan Ahad pelanggan sanggup berbaris semata-mata untuk membeli nasi lemak kukus Mak Mah.Bukan sahaja yang ditonjolkan adalah nasi lemak kukus, tetapi khasiatnya dikatakan kurang kolestrol, malah teknik bungkusan juga berbeza dari penjual lain, oleh itu ia menjadi tredmark kepada kedai nasi lemak kukus Mak Mah. Bah kata orang, tengok bungkusan pun dah tahu nasi lemak siapa.

(Paparkan Lukisan):- Pemilihan lokasi, jika produk anda menyasarkan pelanggan melayu, kategorikan kelas pendapatan dan letakkan produk anda disitu.Kerana orang Melayu juga mempunyai kelas tertentu, ada high class, ada kelas pertengahan dan ada kelas bawahan, iaitu berpendapatan rendah.Tonjolkanlah produk anda kepada mereka. Letakkan didepan mata mereka. Dan berniagalah anda, tetapi ingat sentiasa bangunkan minda kreatif agar perniagaan anda tidak kelihatan sama sahaja saban tahun hingga pelanggan naik bosan melihatnya. Sebab mata manusia suka melihat benda yang baru.

Bersambung...

Friday, October 8, 2010

Jangan lah berputus asa

Dari Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni


Wahai Insan! Optimislah! Jangan berputus asa dan pesimis, berbaik sangkalah kepada Tuhanmu dan nantikanlah semua kebaikan dan anugerah daripada Nya.

Bergembiralah dengan pilihan Allah kepadamu, sebab engkau tidak tahu mana yang baik, kadang-kala kesulitan yang diberikan lebih baik daripada kesenangan.

Musibah itu mendekatkan kamu kepada Allah, musibah itu juga mengajari kamu untuk berdoa, menghilangkan sifat sombong, membangga diri dan bermegah-megah.

Kamu sendirilah yang bertanggungjawap terhadap nikmat harta dan segudang kebaikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu.

Berbuat baiklah kepada manusia agar kamu memperoleh kebahagiaan dengan mengunjungi ornag sakit, bersedekah kepada fakir miskin dan menyayangi anak yatim.

Hindarkanlah buruk sangka, berangan-angan dan khayalan yang memudaratkan atau merosakkan.

Wassalam