Sunday, October 17, 2010
Minda Usahawan #2. Pembangunan Kreativiti
Apabila kita bercerita tentang minda usahawan, maka tidak terlepas daripada konsep kreatif dan inovatif.
Bagaimana menjadi kreatif?
Cuba kita kenangkan atau bayangkan kembali ketika kita hendak membuat satu lukisan masa persekolahan dahulu. Apa yang terbayangkan, contohlah kita hendak melukis sebatang pokok, kita akan mengambarkan pokok tersebut didalam minda kita, kemudian kita akan buatkan lakaran dalam kertas lukisan, bila lakaran itu tidak menepati seperti didalam bayangan kita akan padamkan dan lukis kembali. Begitulah yang dilakukan berulangkali hingga lakaran tersebut berkenan dihati. Kemudian apalagi? Tentulah proses seterusnya iaitu mewarna. Proses mewarna juga mengikut imaginasi individu, setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza terhadap warna. Nah, sekarang lukisan sudah siap, maka paparkan dipapan kenyataan, apa yang dilihat adalah hasil kreativiti seorang insan dalam bentuk dan warna lukisan tersebut mengikut kehendak dan imaginasi oleh pelukis.
Begitu juga dengan minda usahawan,( Ambil contoh dari seni melukis)
(Imaginasi):- cetusan idea bermula dari ketika melihat peluang, membayangkan apa yang boleh dipasarkan dan siapa sasaran anda.
(Melakar):- Setelah itu pertimbangkan apakah kekuatan produk dan bagaimana memasuki pasaran. Bagaimana dengan kewangan? Berapa modal yang ada atau diperlukan perlu diambil kira. Jika perlukan bantuan dimana perlu juga harus diambilkira. Adakah anda telah kenal betul dengan potensi diri sendiri. Apa kemahiran anda sebenarnya. Perlukah menimba ilmu atau menghadiri kursus? Adakah produk anda terlalu unik dan sangat kurang dipasaran, jika 'Ya', adakah bekalan mudah didapati, atau terlalu banyak pesaing dalam pasaran juga perlu diperhatikan, jika jawapan ini 'Ya', bagaimana untuk menonjokan kelainan anda.(lihat dibawah). Proses melakar bermaksud anda membuat perancangan, tuliskan pelan perniagaan anda, lakukan intipan terhadap peniaga sediaada, apa yang mereka tonjolkan dan sejauh mana kreativiti mereka, maka ciptakan satu ciplakan kreatif oleh anda untuk dilihat berbeza dari pesaing.
(Mewarna):- Merancang teknik pasaran dan penonjolan keunikan produk, mungkin produk anda telah banyak dipasaran, tapi disinilah kreativiti anda menonjol, contoh, menjual nasi lemak, jika dilihat nasi lemak adalah sama dan boleh didapati dimana sahaja, rasa pun alahai lebihkurang sama sahaja. Kisah Benar, ada satu kedai nasi lemak Mak Mah (bukan nama sebenar), Mak Mah menjual nasi lemak kukus dan dihidangkan panas-panas, pada hari Sabtu dan Ahad pelanggan sanggup berbaris semata-mata untuk membeli nasi lemak kukus Mak Mah.Bukan sahaja yang ditonjolkan adalah nasi lemak kukus, tetapi khasiatnya dikatakan kurang kolestrol, malah teknik bungkusan juga berbeza dari penjual lain, oleh itu ia menjadi tredmark kepada kedai nasi lemak kukus Mak Mah. Bah kata orang, tengok bungkusan pun dah tahu nasi lemak siapa.
(Paparkan Lukisan):- Pemilihan lokasi, jika produk anda menyasarkan pelanggan melayu, kategorikan kelas pendapatan dan letakkan produk anda disitu.Kerana orang Melayu juga mempunyai kelas tertentu, ada high class, ada kelas pertengahan dan ada kelas bawahan, iaitu berpendapatan rendah.Tonjolkanlah produk anda kepada mereka. Letakkan didepan mata mereka. Dan berniagalah anda, tetapi ingat sentiasa bangunkan minda kreatif agar perniagaan anda tidak kelihatan sama sahaja saban tahun hingga pelanggan naik bosan melihatnya. Sebab mata manusia suka melihat benda yang baru.
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagi yang berminat dengan bacaan tambahan dalam bahasa inggeris boleh berkunjung ke www.telatahtaklinear.blogspot.com, ada juga dibincangkan tentang tajuk kreativiti...
ReplyDeletebagus jugak tu...kepelbagaian idea menjadikan kita lebih mantap..
ReplyDelete