Motivasi

Ditulis Oleh: Roslan Bin Ali

Kenali Potensi Diri

Pada dasarnya setiap manusia yang wujud didunia ini telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan berbagai kelebihan. Tetapi ramai yang tidak menyedari kewujudan potensi itu didalam diri. Ada seorang kawan yang berkata beruntunglah orang yang ada ilmu ketukangan, ada yang kata untunglah orang yang ada kemahiran menulis, ada yang kata untunglah dilahirkan sebagai anak orang kaya dan berpengaruh. Cuba kita lihat disini, apa yang dilihat dan dikaji adalah kelebihan orang lain, sedangkan kelebihan diri sendiri dan potensinya tidak dikaji dan diselidiki.

Betullah kata bidalan "kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak kelihatan"


Padahal cuba dilihat pada diri sendiri, bagaimana kita boleh terus 'survive' dalam kehidupan ini. Bagaimana kita boleh kekal dalam menangani masalah yang di terima saban masa. Jika anda masih tidak yakin lagi, cuba baca tip ini.

Kenali diri sendiri
Cuba anda buat satu senarai tentang kekuatan diri (Strength), kemudian senaraikan kelemahan diri anda (Weakness), apakah peluang yang anda boleh capai (Opportunity) dan apakah halangan yang anda hadapi, jika diatur huruf dalam kurungan akan menjadi SWOT, inilah pemula strategi kejayaan dalam hidup anda. Jawablah secara jujur. Anda boleh tanyakan pada kawan-kawan rapat atau saudara terdekat mengenai diri anda. Terima segala jawapan dari mereka secara terbuka dan jika boleh tanyakan kepada mereka tentang potensi diri anda kearah kejayaan dari kaca mata mereka. Catatkan segala jawapan tadi dalam strategi SWOT anda.

Tentukan tujuan hidup anda
Tanyakan pada diri anda sendiri 'apa yang anda cari'. Apakah tujuan itu boleh dicapai dalam jangka pendek atau panjang. Adakah ianya realiti mudah dicapai. Setiap rancangan perlulah mengikut kemampuan dan kompetensi diri sendiri. Rancangan jangka panjang amat memerlukan komitmen, ketahanan mental, bersedialah untuk itu semua. 


Kenali motivasi diri
Setiap individu mempunyai motivasi diri tersendiri. Cuba anda pastikan apakah motivasi diri yang boleh melantunkan diri anda untuk mencapai apa yang anda inginkan. Sebagai contoh, cuba bayangkan bagaimana anda boleh diterima bekerja oleh majikan anda, sedangkan ketika itu begitu ramai calon yang hadir didalam temuduga kerja, sudah pasti anda telah menunjukkan sesuatu kekuatan dari dalam diri anda hingga anda diterima oleh majikan anda.


Ingatkan Kekuatan diri, bukan kelemahan
Buangkan jauh-jauh tentang kelemahan diri. Sentiasa ingat anda ada kekuatan sendiri. Tonjolkan kekuatan itu. Jika anda asyik memikirkan anda ada kekurangan dari orang lain maka anda akan kerap mengalah. Setiap kali anda gagal jangan menyalahkan orang lain. Bangkit semula dan cari punca kegagalan dan kelemahan untuk mencungkil kekuatan dan peluang yang boleh dicapai.

Jangan terlalu menyalahkan diri sendiri
Bangkit dari kegagalan. Jangan meratap kegagalan. Bukan anda seorang yang pernah gagal. Belajarlah dari kegagalan dan kejayaan orang lain. Jadikan panduan.

Sebagai contoh cuba lihat kisah John Lasseter, "Chief Creative Officer kepada PIXAR dan Walt Disney Animation Studios. Pada awalnya beliau telah ditolak mentah-mentah oleh Walt Disney kerana idea yang beliau keluarkan dikatakan tidak cukup baik kepada ketua animasi Walt Disney, beliau kemudian telah diterima bekerja oleh Syarikat PIXAR yang ketika itu amat memerlukan seorang animator. Dengan PIXAR beliau begitu berjaya dengan kisah animasi 'Toy Story', 'Bug's Life', 'Toy Story 2' dan 'Cars'. Hingga PIXAR mengambil alih syarikat Walt Disney.
Mengapa John Lasseter begitu berjaya? Kerana beliau tahu tentang kehebatan diri beliau. Yakin dan berusaha bersungguh-sungguh. 

Kini anda telah tahu untuk menilai potensi diri, apa lagi yang ditunggu. Mulakan langkah anda kearah kejayaan

"Selamat Berjaya"