Tip #1 Kenali Pelanggan Anda
Mengenali kehendak dan keperluan pelanggan adalah jalan utama kearah kejayaan usahawan. Tidak kira apa perniagaan anda, menjual nasi lemak, kedai kopi tepi jalan, kontraktor atau pengeluar produk.
Anda perlu untuk melakukan kajian kehendak dan keperluan pelanggan di mana anda hendak menempatkan perniagaan atau pasaran produk.
Daripada keperluan dan kehendak ini anda dapat melihat sikap pelanggan dan kelakuan pelanggan untuk anda cari ruang menempatkan produk anda dihati mereka. Nampak macam susah tapi kadang-kala sangat 'simple', sebagai contoh; ada satu ketika pelanggan cuma mahukan layanan yang cepat sedikit, mereka duduk lalu terus mendapat layanan tidak lebih dari 5 minit. Cuba lihat kedai mamak, saya pernah menjalankan 'survey' kepada 30 orang pelanggan di kedai mamak, rata-rata pelanggan menyatakan kedai mamak cukup cepat membuat layanan baik ketika membuat pesanan atau pun ketika dipanggil untuk mengira, selain dari beberapa faktor lagi seperti makanan ringan (roti canai), atau ringan dari persepsi orang Melayu; dan ada satu jawapan yang nampak lawak tapi ada betulnya, iaitu pelanggan Melayu suka marah-marah tapi mamak tak akan lawan balik, cuba buat begitu dikedai bangsa Melayu, kalau tak mandi air panas kira dah cukup bagus. Saya juga pernah menjalankan 'survey' di 5 buah restoran mewah disekitar Ipoh, mereka mengambil masa tidak sampai 3 minit untuk mengambil pesanan dari pelanggan, teknik ini sangat mengembirakan hati pelanggan.
Perkara ini nampak kecil tetapi ia memainkan peranan penting untuk jangka panjang. Demi 'survival' dalam perniagaan kita perlu berubah.
Tip #2 Matlamat yang jelas
Pastikan matlamat yang anda rancangkan adalah jelas dan mudah dicapai. Jika perniagaan anda mini market, anda mempunyai ruang yang terhad, oleh itu anda perlu fokus kepada produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Pernah tak anda lihat ada kedai runcit yang meletakkan barangan begitu banyak seperti sebuah gudang, belum tentu mereka membuat perniagaan dengan baik, mereka akan kehilangan konsep dan matlamat dan tidak fokus kepada kehendak pelanggan. Maka apa yang terjadi peniaga ini akan menjadi tidak terkawal. Semakin fokus anda terhadap matlamat perniagaan anda semakin baik anda memenuhi kehendak pelanggan.
Tip #3 Orang yang betul akan melakukan perkara yang betul
Semakin maju perniagaan, maka anda perlu untuk mengembangkan sayap perniagaan, oleh itu anda perlu mempunyai pekerja atau pengurus yang mahir. Mereka perlu mengetahui dan memahami visi dan misi perniagaan anda untuk memacu perniagaan untuk terus berkembang. Ada kala seorang peniaga itu langsung tidak ada pengetahuan tentang perniagaan yang hendak dijalankan, tetapi disebabkan mereka membayar seorang pengurus yang baik maka perniagaan mereka menguntungkan.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete