Sekarang tengah heboh diperkatakan, dan sudah mula jadi tanda tanya kepada masyarakat Melayu, kenapa Johor Corp. nak jual KFC sedangkan pendapatan tunai nya begitu banyak dalam sehari. Seharusnya perniagaan tersebut dipertahankan kerana menjadi lubuk emas kepada organisasi tersebut. Tan Sri Ali Hassim orang lama dalam Johor Corp. telah meletakkan jawatan. Beliau adalah orang pertama yang mengatakan KFC hendak dijual hingga mendapat bantahan dari banyak pihak. Kemudian beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan."RM 5 juta sehari, itu yang diperolehi oleh KFC secara tunai"
Dari kemelut ini sudah pasti ada yang sangat berat untuk ditanggung oleh Tan Sri Ali hingga beliau sanggup untuk melepaskan jawatan beliau didalam J. Corp. Pemuda UMNO Sungai Besi nampaknya sangat kuat membantah tindakan untuk menjual KFC. Tapi kenapa UMNO Sungai Besi? Apa dah jadi dengan rakyat Negeri Johor dan para ahli bijak pandainya, mengapa mereka tidak bersuara seperti Pemuda UMNO Sungai Besi. Apa yang sudah berlaku dalam Negeri Johor?
KFC yang diambilalih oleh J.Corp dilihat sebelum ini sebagai satu jalan untuk menghalalkan makanan kegemaran masyarakat Islam di Malaysia ini, ia bukan sahaja untuk mewujudkan kesahihan status halal tetapi lebih besar lagi adalah melaksanakan tanggungjawap 'fardhu kifayah'. Umat Islam di Malaysia mesti ada kekuatan ekonomi dalam industri makanan halal dan teknologi untuk pembangunan kekuatan Ummah. Disini J.Corp dilihat sebagai hero oleh umat Islam Malaysia.
"Sekarang apa dah jadi? Dah lupa dengan tanggungjawap tersebut ker? Adakah keuntungan yang diperolehi menjadikan manusia lupa niat asal atau ada tangan yang sangat besar sedang ingin mengenggam KFC? Kita lihat dan dengar lah kesudahannya. Bagi rakyat Johor apa kata anda? "
No comments:
Post a Comment